Kenali
Kisah Kami

Pusat & Galeri Memanah Tradisional Panah Lagenda ialah sebuah akademi sukan memanah tradisional yang menyediakan latihan untuk pelajar daripada peringkat memanah ‘ground’ hingga ke memanah berkuda.
”
Kami juga menjual pelbagai peralatan memanah tradisional untuk semua peringkat, daripada pemula hingga profesional.
Pada tahun 2014 Akademi Panah Lagenda ditubuhkan oleh pengasas, Mohd Nasrul Kamarulzaman atas fikir dan rasa betapa perlunya sukan sunnah memanah berkuda yang penuh hikmah ini diperkembangkan demi memberi manfaat kepada umat.
“Kini, kami berbangga dapat melayani ratusan pelanggan setiap hari melalui pelbagai perkhidmatan berkualiti yang ditawarkan di empat cawangan kami.”
Recreation ◦ Theraphy ◦ Tradition ◦
Recreation ◦ Theraphy ◦ Tradition ◦
Recreation ◦ Theraphy ◦ Tradition ◦
Recreation ◦ Theraphy ◦ Tradition ◦
Recreation ◦ Theraphy ◦ Tradition ◦
Recreation ◦ Theraphy ◦ Tradition ◦
”
Memanah Adalah Satu Sunnah
Uqbah bin Amir RA dia berkata:
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar:
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
Sahih Muslim Hadith no. 1917
Diriwayatkan oleh Uqbah ibn Amir:
“Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya.“
Sahih Muslim

10
1000
100
4

”
Memanah Adalah Tradisi
Busur dan anak panah adalah alat yang sangat penting dalam memastikan kelangsungan hidup manusia sejak lama dahulu lagi.
Alat ini digunakan untuk berburu dan mempertahankan diri. Kebanyakan kerajaan dalam tamadun dunia mempunyai tradisi mereka yang unik berkaitan dengan panahan.
Barisan Kakitangan & Jurulatih

Mohd Nasrul Kamarulzaman
Pengasas
Presiden
- Persekutuan Memanah Berkuda Malaysia (2022–kini)
Atlet Memanah Berkuda Malaysia
- Pingat Perak acara ‘Single Shot’ berpasukan di Kejohanan Memanah Berkuda Dunia, Korea 2019
- Pingat Gangsa gaya Qabaq individu, Liga Bulkiyo, Indonesia 2019
Kursus Kejurulatihan Sains Sukan Tahap 3
- Dianjurkan oleh Institut Sukan Negara
Ijazah Sarjana Muda
- Kursus Sains Aktuari Purdue University, Indiana, USA
Visi
Menjadi peneraju utama kepada pembangunan sukan memanah tradisional dan memanah berkuda di Malaysia serta kawasan serantau.
Misi
⦾ Memasyarakatkan sukan memanah tradisional tanpa mengira agama dan bangsa.
⦾ Menghasilkan pelbagai jenis produk peralatan memanah tradisional keluaran tempatan yang mampu bersaing dan menembusi pasaran antarabangsa
Nilai-Nilai
Dalam Memanah
Berkuda
- Kepimpinan
- Keyakinan
- Keberanian
- Ketenangan
- Kesabaran
Klien & Pelanggan
Sekolah
Badan Korporat & Komuniti
Borang Pendaftaran
Daftar sekarang, pilih salah satu servis kami, sila isikan borang di bawah.
"*" indicates required fields


























































